Tuesday 26 March 2013

Stress Out!

Nilah tahap tekanan aku 

It has been 5 days lepas aku dapat result haritu.. Result aku Alhamdulillah okay jaa. Even tak achieve target aku tapi aku tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Nak buat cena en, maybe takat tu ja rezeki aku..What's matter, result aku still boleh pass syarat kelayakan nak masuk U..( Ayat pasrah habeh -,-)

Sekarang ni aku tengah stress gila. Almost everyday aku takdak mood. Sometimes nak gelak pun tak larat, makan pun jd tak lalu. Sebab apa? Sebab nak masuk U ni lahh. Semuanya buat aku stress. Kalau dulu time high school, aku suka complain kata sekolah tak best, tak larat and aku tak sabar nak tunggu habis SPM sebab tak larat nak menghadap Addmath, Physics,Chemistry and Biology yang memerlukan otak aku untuk berpikir tahap Einstein uh..haha (Ober jaa aku ni..)

Tapi bila dah lepas SPM dah dapat result semua tu and sekarang ni tengah semak dengan U application ni, aku jadi rindu nak balik sekolah..Time sekolah dulu kau tak payah pikir banyak.Just setiap pagi Ahad sampai Khamis kau bangun and siap pegi sekolah jaa. Duk sekolah hadam jaa apa yang cikgu bagi. Semuanya spoon feed..haha.Tak payah nak serabut pala otak semua..

Lanii tak masuk U lagi ni.Baru duk busy dengan application jaa, dah macam naik psycho aku. Otak ni semak tahap hutan amazon tu dah. Memang stress..Nak kena isi UPU. Dah tu pulak nak kena google lagi kebaikan setiap course yang di'offer' di U, nak kena tau setiap pros and contras course yang nak amek tu..Bukan boleh main belasah jaa. Dalam ratusan course yang diorang offer tu, nak kena pilih 8 yang the best.. Pilih program yang bertemuduga nak pulak pikir pasal interbiew nanti.. Kalau dapat interbiew kena gamble pulak whether pass ke tidak interbiew tu. Kalau tak, kena tunggu pulak la next intake. Dia bagi kau 1 course jaa. Nasib laa kena yang mana..Ni semua buat aku rasa macam double triple NOOB! -,-!

Aku letih nak pikir panjang-panjang ni. Aku minat nak further dalam bidang seni. Problemnya aku tak berseni and most of arts programme kena pegi interbiew. Nak compete pulak dengan budak-budak lain yang jauh lebih berbakat daripada aku yang zero ni..Letih pikir pasal ni semua. Kadang-kadang aku cakap kat mama aku, ''Bilaa laa Tengku Abdul Jalil nak datang meminang kakak''..haha. Ni laa ayat seorang budak noob yang tak tabah..Bukan apa, aku sakit kepala pikir hal-hal nak further studies ni..Aku takut kalau aku buat pilihan yang salah sebab benda nak study kat U ni dah bukan memain lagi..Semuanya berkait dengan your future..Aku tanak lingkup di masa depan. -,-

Apa-apa pun aku mohon sangat agar Tuhan permudahkan segala urusan.Tunjukkan jalan yang terbaik untuk aku..Berikan aku petunjuk agar aku dapat buat pilihan yang tepat.Agar aku tak menyesal di kemudian hari. Frankly hati aku sekarang berbelah bagi gilaa..Haihh, Tuhan lancarkanlah segala perjalanan hidup aku dan permudahkan aku dalam membuat keputusan yang terbaik bagi diriku dan orang lain.. Amin :)

p/s : stress chronic.




Wednesday 13 March 2013

I Passed The Test :)





Wehh wehh wehh, kitaa ada benda nak citaa tau. Hari ni happy sangat. Sebab apa kitaa happy? Sebab kitaa passed test JPJ..wuhuuuuuuuuuuuuu.Hahaha.Macam tak sangka en kita dah jadi pemandu yang sah dah lepas ni.Kitaa dah boleh drive. >..<

13/3/2013..Cantik kan date kita bergelar pemandu yang sah. Haha.Pandai kitaa pilih. Kitaa serious rasa hari ni macam lucky day untuk kitaa ok. At first bila tau kita dapat sesi 3, kitaa dah macam. (-''''-) Nooo.. Dah la nama kita dapat number last sekali pulak tu. Memang berpanas berpeluh laa menunggu.

But it turned out to be not that badd. Jadi orang last ni untung sebab time tu, uncle-uncle JPJ dah tak larat. Shoo dia lenient kan jaa. Time kita buat dalam track tu kitaa agak nerbes laa so at first start tu enjin kita mati kott.Serious segan.Dahh la kereta macam termelantun sket..Kitaa dah malu habis laa time tu.Dah laa time kt bukit kita dahh terdrift .Ni mati enjin pulak..-,-!

Kita buat chill ja.Start balik jalan macam biasa..Then bila buat parking tiga penjuru tu en, kita terlebih movement la sebab kita lupa masuk gear reverse. Time tu kita dah muka lain dah..Dah la cuaca panas.Bila dah jadi macam tu, kita macam hilang semangat tau.Kita pikir habih laa kita.Orang laen dalam sesi 3 semua pass.Buat smooth jaa.Malu la kita kalau kita the only person yang fail..Muka pun dah macam ayam tak lepas kentut jaa -,-

Tapi kann,dia tak bagi kita fail..hehehe.Bestnyaa kita, nasib dia bagi kita lulus..Yeayy.Maybe time tu dah cuaca panas so dia pun malas nak tunggu lama-lama kott.Dia luluskan jaa laa aku.Haha. Time tunggu on the road, ada satu uncle JPJ ni panggil kita..Dia suruh cikgu prepare satu kereta sebab dia nak take over kita.. Hehe ni yang best.Kiranyaa kita potong turn orang laa. ;p

Maybe aku panik kot.Enjin mati dua kali kott -,-. Aku dah gabra dah time tu.Cikgu pun sampai kata 'Cik Mek ni,habihlaa'.. Tapi uncle JPJ tu baik hati,dia suruh aku tekan minyak sket.Jalan laa kereta tu. :) Nasib tak shut down dah.Kalau tak aku rasa memang sah dia bagi aku failed.

Benda yang bestnya bila dia suruh aku pilih jalan mana yang aku suka..Woooohooo.Bukan senang oh JPJ nak suruh kita pilih jalan yang kita suka..Most of my member semua dapat Jalan 2. The-most-unfavourite-road foe most the students.Sebab jalan tu ada bukit and banyak junction so enjin senang mati.

So bila dia dah bagi choice.Nganga lagi..Pilih hat paling senang laa.Nasib dia pun tak strict sangat. Dia sembang dengan aku.Maybe tanak bagi aku lagi nerbes kot.. Lepas tu reja suruh aku tekan minyak..Aku stress betoi..Dia kata 'bawak reta slow ni macam orang bercinta.'..Hahaha.Aku ikutkan jaa.Maybe dia nak cepat habis kot..Sebab tu dia suruh aku pederaih lagi reta uh.

Alhamdulillah aku sampai balik dekat institut dengan selamat dan lulusnya.. :D. Serious happy gilaa. Kita sukaa sangat uncle JPJ yang test kita hari ni. Shoo nicee. Akhirnya dapat laa markah aku 17/20.. Ok laa kan daripada failed. Thanks uncle :)

Kita hari ni pegi test pakai tudung bawal.Usually kita pakai shawl yang selempang ala mak datin uh. Tapi hari ni sebab nak test, kita pakai laa kemas sket en. Tapi me shoo sad sebab cikgu kata kita tak comel pakai tudung macam tu.Dia suka kita pakai tudung style yang macam kita selalu pakai tu.Dah laa duk kata time aku tengah buat test dekat bukit..Aku pun tak ley fokus nak drive.Hahaha

Alaa kenapa cikgu cakap centu..Kita terasa tau.haha.Tapi tapaa la.Sekali-sekala kekemasan itu penting tau cikgu. And benda yang paling sweet kita nampak ''Ex'' kita kat office tau. Dia ada dekat situ lamaa gila. Kita pun usha laa, apa lagi.Bukan senang nak jumpa dia lepas ni.Maybe today is the last day aku jumpa dia. T_T. Shoo sedey.Tapi payah sket sebab kat situ banyak kaka-kaka..So kena pandai kaber laa.Hahaha..

Tapi ''Ex'' kita tak nampak kitaa.Dia duk sembang rancak jaa dengan abang runner Elly uh. -,-. Time mama kitaa dtg, kita macam quite heavyhearted laa nak tinggal ''Ex'' kita. Kita rasa macam nak pegi dekat dia cakap kitaa dah pass test and nak cakap thank you sebab ajar kita tapi segan sebab orang ramai kott.So kita matikan jaa niat kita and gave him one last memorable glance.. Act kan kitaa jelly tau bila pikir dia akan ajar orang lain selain kita lepas ni.. Kita namo dia ajar orang lain. Kalau boleh kita nak dia ajar kitaa ja ok..Selfy kan iteww..Tapi nak buat cena,tu dah keja diaa  (-'''-). hahaha..Bajet emo kan kitaa. :p

p/s : For some unknown reason, aku rasa macam dia snap gamba aku jaa. Maybe aku duk syok sendiri kott. Haha.Somehow somewhat, kitaa akan rindu semua cikgu and staff dekat KR. Love you ollss. Specially untuk ''Ex'' kita, I heart you.Thanks for everything :)







                                                                                                             











Tuesday 12 March 2013

Day Before JPJ Test




Okok hari ni serious funny dekat waktu time tuition untuk driving class (orang mesti macam, eh apasal dia ni asyik nak citaa benda yang berlaku kt driving class ja.No lifee betul.) Jawapan aku, dah tu jaa life aku sekarang ni..haha.

Tadi time datang tu, aku pegi check nama aku dekat list tu. Nak tengok aku kena sesi apa. Sekali double,triple check,tak jumpa jugak.Aku dah gabra dah timee tu.Kau tahu jaa la aku cena en. Then una tolong check kan sekali lagi utk aku.Tadak jugak..Aku macam Oh Papersheet..-,-

Tapi aku chill dulu, aku pegi tanya cikgu. Cikgu lagi laa duk buat aku stress. Duk kata kalau nama tadak tak boleh buat test laa esok.Duk mai tuition buat apa.Rugi jaa...Cikgu ni, aku dah la tgh stress dia duk takut-takutkn aku pulak.Aku sampai buat bukit pun dah melelong dah..Stress punya pasal.Sampai kena marah dengan atokk uh.. -,-. Tu pun satu,aku tengah stress,dia lagi duk pressure aku.huhh.

Then diorang suruh refer dengan kaka kt kaunter tu..Bila aku cakap, kaka tu pun ckp benda yang sama yang buat usus aku terbelit.Aku dah macam nak nanges time tu tapi aku tahankan jua.Haha..Malu laa weyy. Then bila dia re-check nama aku.Ada..Fuhh nasib baik.

Benda yang jadi lawaknya, cikgu aku check balik list nama yang diorang tampal kat board tu. Nama aku ada laahh.Duk last sekali..Ok aku malu. -,-!..Dia duk gelak kat aku siap tunjuk penumbuk lagi sebab cari nama sendiri tak jumpa.Hahaha.Segan kann.Dah laa ramai orang kat situ. Rasa macam nak lari menyorok dalam toilet ja time tu -,-.

Ok tadi masa on the road aku dapat dengan cikgu number 20.( Nama still dirahsiakan).Hahaa.Dia serious rockk kott.Even aku first time drive dengan dia tapi dia rock gilaa. Aku sampai nak terbabas punya duk gelak dengaq dia cakap..

Bila aku kata nanti aku nak bawak auto dia cakap biasalah auto kereta orang cacat..Ada-ada sajaa dia. Lepas tu duk define ciri-ciri lelaki yang aku suka lahh.Tapi masalahnya apa yang dia cakap pasal aku betul 100% pulak tu.Psikik betoi dia.Time naik bukit,enjin aku mati sebab tangan aku tak larat nak bawak turun handbrake..Kena sound dengan dia..Dia kata dah hang tau hang tu jenis tak larat, duk angkat handbrake tinggi-tinggi buat apa.. -,-.Atotoii.

Yang paling tak tahan dia duk cerita dia clash dengan awek dia pasal awek dia minat lelaki jenis rambut ada ekoq, badan melidi macam mat rempit. Haha serious funny.Aku gelakk jaa manjang.Dia rajin sungguh berceritaa so aku pun tak bosan bila duk drive..Me shoo happy :).Tapi hari ni rasa macam a bit frust sebab aku buat latihan kejap sangat. On the road memang lahh macam dah okay tapi dlm trek uh.Haihh -,-

Tadi aku buat 3 kali jaa untuk dalam trek.Memang semalam aku dah buat sampai nak lenguh kaki tapi still rasa macam tak kena sebab yelahh bukan senang nk dapat tuition class dah. -,-. Time buat untuk bukit pun tadi aku ter'reverse' sket.Tu yang aku risau esok uh. -,-.

Haihh, kekadang rasa menyesal pulak sebab pi off enjin awal sangat.Hahaaa. Tapi tapaa lahh, InsyaAllah esok ok kott. I really hope that tomorrow everything will runs smoothly. ''Ex'' aku hari ni selau tadak dalam institut.Dia busy manjang..Stress aku tak dapat nak tengok dia selalu.Kitaa tak suka dia out dari sight kita and kita namo dia ajar orang lain.Kitaa jelly k. -,-

Tadi ingat nak pi on the road dengan dia. Dia pulak meraban pi mana tahh, tak balik-balik lagi.Haihh.. Me shoo sad ok.Dah laa esok last day jumpa dia. Tu pun entah nampak entah tak.Orang berduyun nak datang buat test JPJ esok.. -,- haihh.

Orang tua ni suka torture aku.. Aku kekadang rasa macam nak pi tumbuk jaa dia.Biaq ada akai sket. Tension laa aku, tension!. Hahaha.Entah laa, one thing for sure, I'm gonna miss my ''Ex''. Nanti aku kena pi apply reja kt Shady Key ahh ceni.hahaha..Boleh teraa tu. -,-..Me shoo sewel kan.haha

p/s : Semoga Tuhan permudahkan segala urusan aku esok.Ditenangkan hati aku dan dilancarkan segala perjalanan.InsyaAllah.Amin. :)




Monday 11 March 2013

Hampeh Punya Kau.



Busuk punya orang.. Aku stress dengan hang tau dak. (Ahh kau terkeluar pelat Kedah aku)..haha. Tadaa laa. Hari ni kita stress sebab ''ex'' kita buat ceni kat kitaa tau. Tadi kita ingat ''Ex'' kita yang nak bawak kita sebab the other cikgu suruh dia pegi tapi you know what, ''Ex'' kita refuse. Dia tolak kita pegi kat orang lain..

Kitaa macam OhGodDamn dah time tu..Why? Why? Why?..Ohh dengan Miss Purple tu boleh pulak kau pegi. Dengan aku kau bagi alasan 'Tengah ada student'.. Uh Uh Uh. Me shoo sad tau dia buat macam tu. Me dah laa suka dekat dia. 

Lepas tu tak habis-habis nak tanya 'Cekelet mana cekelet'.. Me tengah stress dengan hang. Boleh pulak duk tanya coklat time-time ceni. Aku tumbuk jugak satgi. Aku dah la tengah tadaa mood time tu. Yang dia sibuk dengan cekelet dia tu..Jangan buat main dengan aku. Aku tomoi baru ada akai.. -,-!

Dahh ahh malas laa nak cakap pasal ni. Nak sebut nama hang yang dulu aku suka sebut pun dah tawaq. Tak kuasa tahap Boboiboy nak mention pasal hang. Shuhh shuhh pi sana main jauh-jauh. Menyampah aku -,-

p/s : Aku duat buat bajet marah apa tahh? Saja suka buat teruk enn.Haha biar laa blog kitaa :)

Sunday 10 March 2013

Sundate With Twinnies

I had a Sundate with my beloved Twinnies Chaa Ishak and Elly Effendy. This is so-don't-know times date dengan Chaa my hunybee but first time dengan Elly for this year. I had so much fun with my crazy-mazy Twinnies. They really made my day.

Plan asal nak pegi Sunway untuk Karnival Masuk U and tengok movie but they suddenly changed the venue to USM.. Memang agak frustrated laa jugak sebab that was the originally plan. But what to do.Maybe tadak rezeki nak pegi.. Tapaa lahh kann. Somehow our day was still full with hanky-panky and fun.

We went for a movie,Snitch and just strolled around Sunway Carnival..These are the pictures for our Sundate.Elly is in the black outfit, Chaa Ishak in pink and me in jeans shirt. :)


































  I Love You Twinnies.


Well Snitch was seriously awesome.. Dwayne Johnson is just a great actor and great dad too..No doubt.haha This movie is inspired based on true events. You should watch it heartbeats..Surely satisfied.Tak tipuu. :)





Before balik, Elly buat surprise.. She gave me this bracelet for my birthday present.But to make it more special, this bracelet is actually a hand-made.She made it by herself..Shoo sweet kan.Thanks Elly. I just love this bracelet.It means so much to me.

Gmba tak clear..Biasa laa,camera cikai. :)



p/s : Today was just perfect for me. May our friendship lasts forever :)



Saturday 9 March 2013

Keep Chill






Sejak dari semalam lagi, aku sakit kepala pikir what should I write for my new entry. Sekarang ni, aku cukup tak boleh kalau tak bukak blog aku and update something. I feel so incomplete. Perah punya perah otak ni so I came with one idea.. I guess I want to write something about soon-to-announce SPM result.

Well sekarang ni almost everywhere, everyone is talking about this so-hot issue.Kat twitter, facebook. Bersepah-sepah. Siap ada yang duk buat countdown lagi untuk result yang dikata akan diumumkan on 20th March 2013. Everyone is waiting for the date nervously. Maybe certain people even wished that 20th March would never exist. 

Since I'm also one of the 2012 spm candidate, so I'm sharing exactly the same feeling with other candidates about this date.. But it's not likee damn nervous dan bukanlah sampai tak rasa apa-apa langsung. Nervous sikit-sikit tu ada lahh. Tapi aku tanak ambil pusing sangat. 

Sebabnya, benda kita dah buat. Rasa pi lah macam mana pun, it's not like your result will change. Kita dah usaha sebaik mungkin. Selebihnya serahkan pada Tuhan. Apa yang kita dapat nanti, itulah rezeki kita atas hasil usaha kita. 

Memang, every person just hoping for the best. No one would wish for a failure or unsatisfying result. Setiap orang target the best. So am I.. Aku pun berharap agar result aku tu can make my parents proud of me. Aku pun  berharap result aku tu excellent. Tapi apa-apa pun, what done is done. InsyaAllah dengan semua usaha yang kita semua buat, kita akan dapat balasan yang setimpal. Amin :) 

p/s : Remember, everything happens for a reason. Setiap manusia diciptakan dengan tujuan masing-masing. It's all depends on us to define our future whether it's to be good or another way around :)

Thursday 7 March 2013

Double Yeayy




Yeayy, kita lepas QTI...apa itu QTI? tah aku pun tak tahu.Yang aku tau dia sort of macam pre-test before the real one with JPJ..Few days before QTI kitaa memang nervous habeh laa.. Tak lalu makan, perut selalu senak.Rasa nak muntah dan symptom-symptom gilaa yang lain. -,-

Tapi lepas dah pass hari ni rasa macam perut aku back to function normally. Tadak usus terbelit dahh. Haha.  Cuma hari ni went on a lil bit funny and crazy..Time aku on the road, cikgu suruh aku pegi tiga-tiga jalan and repeat the first road balik.Macam-macam pe'el dia time tu.. Dia marah aku,cakap nak bagi aku gagal.Kata aku ni suka melawan laa sebab tak ikut arahan dia..Paling aku tak tahan,adaka patut dia kata aku drive macam ikan keli atas jalan laa, macam kura-kura lahh.Ada-ada jaa benda yang dia nak kata kat aku. Aku tension sangat dengan dia.haha

Bila balik buat on the track, aku kena buat untuk bukit punya..Aku tak sangka yang aku tak lepas.Enjin aku mati dekat empat kali kott. Aku dah stress dah time tu..Tapi cikgu tu datang and ajar aku. Tapi macam dia lahh.. Panggil aku minah kelibut la, semak la, serabut laa, budak kalut laa..Suka marah aku.Aku dah macam nak nanges dah sebab tak pass buat bukit..(aku memang sensitip sket).

At last counsel punya counsel aku lepas jugak..And benda paling aku tak sangka, aku pass buat parking yang selama ni aku hell sangat tu.Bukit pulak buat spoil. -,-.. Haihh macam-macam aku. Tapi aku tak kisah. Yang penting aku pass QTI..

And test JPJ aku 13/3 ni.. Pakai senak pulak laa perut minggu depan.Haha..Wish me luck ok heartbeats <3.

p/s : Hari ni dia lenient sikit dgn aku.Tadak laa macam hari selasa lepas. Dia gelak jaa lepas perli-perli aku. -,-.. ''Ex'' kita nampak cutee sangat hari ni..Sweet macam dia lahh. Haha.

Tuesday 5 March 2013

I Think I Love Your Character

Apa motif aku letak gambar ni?


Hmphh sorry to say tapi aku terpaksa..Terpaksa mungkir janji aku yang I won't get attached to any guys from now on. Tapi tak sampai setahun lebur daa semua. Hahaa ok.Whatever -,-..Actually kita ada suka sorang lelaki ni tau. Nama, tempat dan umur dirahsiakan. (Padahal tak tahu pun umur dia berapa ;p ). Aku tak tahu nak panggil dia apa. So whatever la.. Kira dia yang dipanggil dia laa.haha

First time aku jumpa dia, aku rasa selesa gilaa nak bercakap dengan dia. Like there's no gap between us.Aku boleh cakap dengan dia macam member jaa. I feel easy to talk. Dia sporting. Tak suka marah-marah. Even aku banyak kali jugak buat silap dalam kelas, tapi dia tak marah pun.. He just correct my mistake and told me not to repeat that mistake again..

Benda yang aku sometimes tak suka sebab suka duk buat sweet even dia sendiri tadak maksud apa-apa. Dia tak sedar kaa yang dia nampak sweet bila buat macam tu?.Dia simpan chocolate aku dalam fridge.. That chocolate was a present from a member. Kebetulan time tu panas, so dia ambil chocolate aku simpan dalam fridge. Dia kata takut cair.. Time tu aku macam ''Damn laa laki ni, asal buat aku macam ni,memang la cohocolate tak cair tapi tak nampak ka yang aku dah melebur dah ni''.. Dia duk tangkap gambar aku bila aku tengah drive lahh.Dia suka acah nak tinggal aku.Macam-macam alasan dia, nak pi mandi lah, nak pi toilet lah, nk tdoq lahh..Tapi dia tak tinggal pun. He'll stay there and watch me kalau aku buat salah lagi...Dia suka buat aku jadi macam serba tak kena kan..

Tadi pun dia buat aku rasa tacink gila. Padahal hari ni schedule aku tadak kena mengena dengan dia. Aku dengan orang lain.. Tapi dia datang dekat tepi tingkap, instructed me to do this and that sebab dia tau aku jenis manja kott.penakut... Aku rasa macam lil bit calm down ja bila dia datang kat aku.. Perasaan nervous tu dah tadak dah. Luckily he was there kan :)

I'm not telling you yang dia pun suka dekat aku nor telling you that I'm so madly love him.. He is just him with everybody.Sporting, tak suka marah-marah. But his character yang buat aku senang dengan dia.. Frankly, he is the guy that I'd never expect akan suka. He's out of my league.. Memang totally tadak ciri-ciri my-type-of-guy..Well there's a saying said that ''You may fall in love with the beauty of someone but always remember that you have to live with the character''  So that's it.. I just fell in love with his character

Lepas ni aku tak jumpa dia dah. Me shoo sad. T_T..haha. Aku tak suka dengan orang yang ajar aku sekarang.Suka marah-marah..Suka complain.Bukan nak terima alasan aku.. I'm just telling him the truth. Nak bising jugakk kat aku..Baru sehari dengan dia dah suka bising-bising.. Lagi la buat aku rindu dekat ''ex'' aku yang lama.. Aku macam nak pi dekat ''ex'' aku ja nk ckp ''Balik laa dekat saya, ajar saya balik..Saya rindu nak belajar dengan cikgu''.. -,-...

''Sometimes it's weird right how someone unexpected suddenly gave you so much to remember''

p/s : Actually dia instructor aku time driving class. :*


Boys : Read And Learn




Hmphh, aku tengah bosan tahap cipan tengah kunyah pisang (apakah?)..haha.So I decided to write on something regarding girls. More specifically few types of guy that the girls really wish for. Aku malas nak karang panjang-panjang. Lagipun bukan setiap perempuan sukakan lelaki yang sama and setiap perempuan mesti ada kriteria tersendiri yang dia nak ada pada lelaki yang dia suka.. But most girls prefer guys that have these two criteria.. Apakah kriteria yang dimaksudkan?

              
                                                            The one that make her feel 
                                  






Okay lemme explain better her.

For me la kann, these two criteria kalau ada pada seorang lelaki, memang susah perempuan nak lepas. Well I admit it, every girls wish for a guy yang kaya, handsome, pakai Aston Martin, BM and etc.. Tapi semua tu takkan ada makna kalau lelaki tu tak boleh buat dia rasa selamat dan selesa bila dia ada dekat dengan lelaki tu..

Most of the girls suka seorang lelaki yang senang untuk dibawa bercakap.Yang tak pernah bosan dengar celoteh perempuan tu and make the girl feels easy whenever he is around.. That's what a girl hope from a guy. To be so much understanding. Whenever the girl feels so comfort to hang around you trust me boys, nothing will ever stopped you from penetrating into her heart. But before that, make her feels that you're always by her side.Be her protector whenever she needs you..

Macam mana seorang lelaki yang inginkan perempuan yang baik untuk jadi suri hati dia macam tu lah jugak seorang perempuan.. Se'perfectionist' mana pun perempuan,dia hanya nak seorang lelaki yang boleh buat dia rasa yang dia ada support whenever she feels that the world is against her, when she needs someone to put the whole trust in her..Seorang akan buat dia rasa comfort and convince her that everything gonna be alright.. :).

Ohoho..Me also wish for a guy like that.

One thing, remember boys, every girl has their own soft spot. Touch it and that's it, She's Yours :)

p/s : Us girls,we are shoo sweet kan ^^



Monday 4 March 2013

Driving Lessons..Sucks?



Well hari ni dah masuk hari yang kedua untuk latihan 8 jam aku.. Actually aku nk publish post ni yesterday tp  tadak gap pulak nk update so aku buat hari ni jaa la.. Hmphh firstday aku buat latihan 8 jam, aku stuck dekat parking tiga penjuru tu.. I have no idea kenapa semua org ckp senang. I was likee 'ell susah kott'. Aku macam nak nanges jaa time tu.. He taught me for about three to four times, aku tak lepass jugak. Seriously aku daa give up. -,-.. Tapi bila on the road aku cekang..Haha.Gear aku tukar macam orang yang daa pro jaa. But one thing yg paling tak leh blah bila aku langgar LAMPU ISYARAT.  I was likee 'err'.. Cikgu tu gelak jaa kat aku. Haha..Dah la pemandu pelatih,bawak pulak kereta yang khas untuk pemandu pelatih. Tapi langgar traffic light. -,-

But the first day just went fine.And sekarang aku baru habeh the second day.. Ok I made out few progressions yaww.. >..<. Bangganya kite.(Tepuk sikit Tepuk sikit). Aku bleh daa la sket-sket buat parking tiga penjuru yang kononnya orang kata SENANG sangatt tu.. :p. Hari ni cikgu bawak kite g tour. Round-round dekat jalan.Best ohh..Tapi malu sebab enjin mati 3 kali kt traffic light.Sampai kereta belakang hon.. Perghh segan derr. -,-.. Dah la aku cepat panik.Bila aku panik mula laa.Macam-macam bunyik aku keluar. Sampai cikgu pun kata 'Relax laa.Start engine balik.Hang ni suka kalut'..Haha.Termalu I di situ. Dan kitaa nak bagitau jugak yang kita langgar TRAFFIC LIGHT lagi.haha..(Buat men ahh aku..Dah macam semseng jalanan.Sesuka hati jaa aku langgar lampu isyarat.)..Buat macam jalan mak bapak aku punya. Cikgu sampai naik tension..Siap kata lagi dia dah tanak naik kereta dengan aku sebab aku drive bahaya.. .haha..Salah aku jugak,yang dia tu setiap kali ada ja awek cun mesti nak hon.Sampai naik segan aku.. -,- hurhh

Then sembang punya sembang dengan cikgu dalam kreta tu, sampai time corner masuk jalan orang.. Haa kan dah segan kt situ. -,-. Tapi cikgu hari ni hampeh betul laa. Adaka patut dia suruh aku drive dia pegi dobi. Likee 'Double Whatt!'.. Senang sungguh kerja dia kann..Aku pulak yang jadi tukang drive..Hurhh.Apaa laa cikgu ni..But today was great sebab dia bg aku balik 15 minit awal..Hahaha.Best ohhh... :) Sebab hari ni panas gilaa-gilaa..Aku pun terpaksa la buat muka seposen ditambah pulak dengan rayuan mintak dia lepas aku awal.. :)

Tapi apa-apa pun thanks laa kat cikgu kitaa sebab sabar dengan kitaa. Seriously aku cakap, aku jenis cepat merungut..Tapi dia okay jaa.Tadakk pun nak marah-marah aku bagai en even aku buat silap banyak kali.. Normally, setiap cikgu akan ajar anak murid dia sekali dua ja.Ni sampai berkali-kali dia steady jaa..Ada laa jugak dia komplen macam ckp aku ni


  • Pemalas nak tekan brek
  • Pemalas nak pusing stereng
  • Asyik merungut
  • Suka kalut bila on the road
  • Tak fokus bila driving.. (Hat ni aku tak puas hati.Dia yg sibuk sembang dgn aku, aku pulak yg dituduh   tak fokus.. -,-.Tapii tapaa la.Apa-apapun,dia tetap cikgu jugak.So redha jaa lah)

Ni laahh complain dia pasal aku.. But overall dia ok jaa.Tadak pun nak marah-marah aku..Tp esok tatau laa sebab aku dapat instructor lain esok..Entaah laa macam mana kan..Jangan garang sudah laa. Nervous makk. haha.Aku dah la cepat melatah..Satgi ditengkingnya aku, mati terus enjin tengah jalan..Nauzubillahiminzalik
-,-..

p/s : I wish for a better day tomorrow..Aku kena kurangkan sket bercakap dan merungut. These top 2 of my weaknesses.Bukan paa,aku tanak orang label aku banyak songeh laa,suka menggedik laa. Bukan macam tu, it just my fiil. Dengan parents aku pun aku macam tu jugakk.. -,-. Tapaa-tapaa, there's still time to learn :)