Tuesday 26 March 2013

Stress Out!

Nilah tahap tekanan aku 

It has been 5 days lepas aku dapat result haritu.. Result aku Alhamdulillah okay jaa. Even tak achieve target aku tapi aku tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Nak buat cena en, maybe takat tu ja rezeki aku..What's matter, result aku still boleh pass syarat kelayakan nak masuk U..( Ayat pasrah habeh -,-)

Sekarang ni aku tengah stress gila. Almost everyday aku takdak mood. Sometimes nak gelak pun tak larat, makan pun jd tak lalu. Sebab apa? Sebab nak masuk U ni lahh. Semuanya buat aku stress. Kalau dulu time high school, aku suka complain kata sekolah tak best, tak larat and aku tak sabar nak tunggu habis SPM sebab tak larat nak menghadap Addmath, Physics,Chemistry and Biology yang memerlukan otak aku untuk berpikir tahap Einstein uh..haha (Ober jaa aku ni..)

Tapi bila dah lepas SPM dah dapat result semua tu and sekarang ni tengah semak dengan U application ni, aku jadi rindu nak balik sekolah..Time sekolah dulu kau tak payah pikir banyak.Just setiap pagi Ahad sampai Khamis kau bangun and siap pegi sekolah jaa. Duk sekolah hadam jaa apa yang cikgu bagi. Semuanya spoon feed..haha.Tak payah nak serabut pala otak semua..

Lanii tak masuk U lagi ni.Baru duk busy dengan application jaa, dah macam naik psycho aku. Otak ni semak tahap hutan amazon tu dah. Memang stress..Nak kena isi UPU. Dah tu pulak nak kena google lagi kebaikan setiap course yang di'offer' di U, nak kena tau setiap pros and contras course yang nak amek tu..Bukan boleh main belasah jaa. Dalam ratusan course yang diorang offer tu, nak kena pilih 8 yang the best.. Pilih program yang bertemuduga nak pulak pikir pasal interbiew nanti.. Kalau dapat interbiew kena gamble pulak whether pass ke tidak interbiew tu. Kalau tak, kena tunggu pulak la next intake. Dia bagi kau 1 course jaa. Nasib laa kena yang mana..Ni semua buat aku rasa macam double triple NOOB! -,-!

Aku letih nak pikir panjang-panjang ni. Aku minat nak further dalam bidang seni. Problemnya aku tak berseni and most of arts programme kena pegi interbiew. Nak compete pulak dengan budak-budak lain yang jauh lebih berbakat daripada aku yang zero ni..Letih pikir pasal ni semua. Kadang-kadang aku cakap kat mama aku, ''Bilaa laa Tengku Abdul Jalil nak datang meminang kakak''..haha. Ni laa ayat seorang budak noob yang tak tabah..Bukan apa, aku sakit kepala pikir hal-hal nak further studies ni..Aku takut kalau aku buat pilihan yang salah sebab benda nak study kat U ni dah bukan memain lagi..Semuanya berkait dengan your future..Aku tanak lingkup di masa depan. -,-

Apa-apa pun aku mohon sangat agar Tuhan permudahkan segala urusan.Tunjukkan jalan yang terbaik untuk aku..Berikan aku petunjuk agar aku dapat buat pilihan yang tepat.Agar aku tak menyesal di kemudian hari. Frankly hati aku sekarang berbelah bagi gilaa..Haihh, Tuhan lancarkanlah segala perjalanan hidup aku dan permudahkan aku dalam membuat keputusan yang terbaik bagi diriku dan orang lain.. Amin :)

p/s : stress chronic.